Gua Musang: Tiada peningkatan masuk kenderaan ke Kelantan melalui daerah ini selepas dua minggu kelonggaran diberikan kepada penerima lengkap dua dos vaksin.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Sik Choon Foo berkata, ada pasangan jarak jauh yang melalui jalan utama masuk ke Kelantan di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis namun ia tidak banyak.
Menurutnya, kenderaan yang melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) di Kampung Tanah Putih, di sini, tidak berlaku peningkatan kenderaan.
“Pasangan suami isteri jarak jauh yang melaluinya menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 yang legkap, tetapi jumlah itu tidak terlalu ketara.
“Jumlah kenderaan berada di tahap biasa sahaja dan mungkin pasangan jarak jauh memahami situasi semasa yang ditetapkan kerajaan,” katanya di sini, hari ini.
Sik berkata, anggota keselamatan di SJR itu juga tidak akan bertolak ansur terhadap mana pengguna yang melanggar peraturan.
“Perkembangan itu menunjukkan pengguna semakin sedar dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) apabila tidak membuat pergerakan yang tidak penting.
“Kita masih mengekalkan dua sekatan jalan raya di Gua Musang iaitu di Kampung Tanah Putih dan Kampung Kundur laluan Gua Musang-Lojing,” katanya.
Tambah beliau, anggotanya juga mempertingkatkan rondaan di laluan tikus di Kampung Tanah Puteh bagi mengelakkan pencerobohan.
Sumber: My Metro