Tiada pesakit Covid-19 lari HRPZ II

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Wanita yang didakwa melarikan diri dari Wad 8, HRPZ II

Kota Bharu: Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) menafikan penyebaran maklumat yang sedang tular kononnya seorang pesakit Covid-19 melarikan diri dari hospital berkenaan di sini, 1 Jun lalu.

Pengarah HRPZ II Datuk Dr Selasawati Ghazali berkata, dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan buat masa ini hasil semakan juga mendapati tiada kemasukan pesakit seperti maklumat yang tular itu.

“Kita sudah membuat semakan, tiada pesakit berkenaan di wad terbabit sebagaimana maklumat yang tular hari ini.

“Orang ramai digesa tidak tularkan sebarang berita yang tidak sahih kerana dibimbangi akan mencetuskan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika dihubungi di sini.

Terdahulu, tular di Facebook (FB) dan aplikasi WhatsApp mengenai seorang wanita yang didakwa melarikan diri dari Wad 8 iaitu yang menempatkan pesakit Covid-19 di HRPZ II.

Sumber: My Metro