Tidak divaksin, tiada gaji jika MC

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

GAZA: Pegawai kerajaan di Gaza yang tidak disuntik vaksin COVID-19, tidak akan menerima bayaran gaji apabila mengambil cuti sakit (MC).

Ketua Pejabat Media Hamas, Salama Maruf berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan setiap pekerja mematuhi peraturan vaksinasi.

“Tindakan undang-undang perlu diambil terhadap pekerja yang tidak mematuhi peraturan berkaitan vaksinasi,” katanya, semalam.

Hamas yang mentadbir Semenanjung Gaza sejak tahun 2007, bergelut dalam usaha mereka memberi vaksin kepada dua juta penduduk Palestin.

Sebanyak 168,000 kes COVID-19 dicatat di Gaza yang turut merekodkan 1,375 kematian.

Sementara itu, peraturan hampir serupa turut dilaksanakan terhadap kakitangan kerajaan yang tidak divaksin di Tebing Barat, kawasan ditadbir Pihak Berkuasa Palestin beberapa minggu lalu.

Perdana Menteri Palestin, Mohammed Shtayyeh berkata, hampir kebanyakan jangkitan di Tebing Barat adalah dalam kalangan mereka yang tidak divaksin.

Di Tebing Barat yang dikuasai tentera Israel, lebih 234,000 kes COVID19 direkodkan dan hampir 2,700 penduduk mati akibat virus berkenaan.

Namun, lebih 596,000 penduduk di Tebing Barat sudah menerima dua dos suntikan COVID-19. – AFP

Sumber:Berita Harian