Tidak Pilih Kasih, Orang Kenamaan Pun Kena Ikut Undang-Undang – Polis

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

BENTONG – Polis Bentong tidak pilih kasih serta tidak akan berkompromi ke atas mana-mana individu yang melakukan kesalahan dalam menjalankan penguatkuasaan undang undang tanpa mengira status sesorang itu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar, berkata pihaknya akan menguatkuasakan undang-undang tanpa mengira status seseorang.

Beliau mengulas gambar sebuah kenderaan yang dipercayai, milik Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang yang menyalahi peraturan seperti yang tular dalam Facebook Kami Penduduk Bentong (Official) semalam.

“Gambar itu menunjukkan kenderaan terbabit keluar dari simpang Golden Court, Jalan Tras Bentong ke jalan utama.

“Kenderaan ini sudah melakukan kesalahan, iaitu abai isyarat lalu lintas di mana dengan sengaja telah masuk di laluan ‘No Entry’.

“Kenderaan terbabit akan disaman di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Zaiham meminta agar orang awam tidak membuat sebarang spekulasi ke atas insiden itu dan menegaskan, polis tidak akan berkompromi ke atas mana-mana individu yang melakukan kesalahan.

Sumber : BERITA HARIAN