Kerajaan membuat keputusan membenarkan tiga orang dari rumah yang sama untuk berada dalam satu kenderaan, berkuat kuasa hari ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mesyuarat hari ini mendengar banyak pandangan mengenai isu jumlah individu yang dibenarkan dalam satu kenderaan.
“Setelah berbincang, sidang khas hari ini membuat ketetapan untuk membenarkan tiga orang dari rumah yang sama dalam satu kenderaan, berkuat kuasa hari ini. Ini juga bagi memudahkan pihak polis membuat penguatkuasaan dan selaras dengan jumlah yang dibenarkan bagi teksi dan e-hailing,”
Prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum ini hanya membenarkan dua orang dari rumah yang sama untuk berada dalam satu kenderaan. -BERITAHARIAN