Tiga Sungai Di Terengganu Melepasi Paras Bahaya

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU- Tiga sungai di Terengganu masing-masing di Besut, Hulu Terengganu dan Dungun kini melepasi paras bahaya setakat bacaan jam 8 malam, hari ini.

Berdasarkan laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran,  Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut dengan bacaan 35.02 meter (m) berbanding paras normal 28.5 m.

Sementara itu, dua lagi sungai kini direkodkan melepasi paras amaran membabitkan Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu berada pada paras 19.89 m (16.5 m paras normal) dan Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja, Dungun merekodkan bacaan 38.63 m (34.5 m paras normal).

Manakala, Sungai Nerus di Kampung Langkap dan Sungai Besut di Kampung La kini berada pada paras amaran apabila merekodkan bacaan 20.59 m dan 20.91 m.

Selain itu, Sungai Setiu di Kampung Besut, Setiu dan Sungai Terengganu kini  berada paras waspada  dengan bacaan 16.44 m dan 1.42 m.

Terdahulu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan banjir akan berlaku di empat negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor bermula esok dan Sabtu susulan amaran hujan berterusan tahap waspada.

Sumber: TRDI News