Alamak, risaunya nak kena minum air gula minggu depan. Hish…kenapalah sekarang semua ibu mengandung kena minum air gula,”…
Kebanyakan ibu hamil akan rasa tak selesa dan bimbang apabila perlu melalui ujian minum air gula. Mulalah membayangkan rasa air gula pekat yang terlalu manis perlu masuk kerongkong tekak aduhai.
Nah cuba tips ni kalau tak nak termuntah… Mane tau kan menjadi.
1. Kosongkan perut sebelum minum air gula. Waktu yang sesuai untuk kosongkan perut ialah jam 10 malam.
2. Lebih mudah minum air gula dalam keadaan dahaga dan lapar.
3. Tarik nafas dan minum sekali teguk je!
4. Minum sambil tahan nafas supaya tidak berbau.
5. Minum semasa air gula masih suam sebab pada ketika ini masih tidak likat.
Sumber: Pa&Ma