Kesatuan Eropah Desak Israel Bebaskan Tahanan Palestin Amal Nakhleh

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Pihak Kesatuan Eropah pada hari Sabtu (30/1) meminta pihak berkuasa Israel untuk segera membebaskan tahanan Palestin Amal Nakhleh (17 tahun).”Kami menyeru Hak Asasi Manusia PBB di wilayah Palestin yang dijajah untuk pembebasan Amal Nakhleh segera,” kata kenyataan EU. Demikian Wafa News melaporkan.

Amal dijatuhkan hukuman enam bulan penahanan pentadbiran di mahkamah tentera Israel tanpa tuduhan atau perbicaraan.

Pihak Kesatuan Eropah telah menyatakan kebimbangan terhadap penahanan pentadbiran Israel secara meluas tanpa tuduhan, dan meminta agar pihak Israel dapat menghormati kewajibannya di bawah Konvensyen Hak Kanak-kanak yang merupakan hak negaranya,”

Hal ini disuarakan oleh sebuah organisasi hak asasi iaitu organisasi Defense for Children International – Palestin dimana Amal Nakhleh, 17 tahun ditahan oleh tentera Israel dari rumahnya di Ramallah, Tebing Barat pada 21 Januari dan dimasukkan ke dalam pusat penahanan tanpa dakwaan apa pun selama enam bulan, dengan kemungkinan tempohnya akan dipanjangkan.

Remaja itu menderita “sesak nafas” dan pemeriksaan perubatan menunjukkan bahawa dia mengalami masalah di dada dan sistem pernafasan, kata organisasi itu dalam satu kenyataan. Nahla didiagnosis dengan myasthenia gravis, iaitu penyakit neuromuskular jangka panjang dan autoimun.

Kenyataan kumpulan itu juga memetik laporan hospital Israel, Pusat Perubatan Shaare Zedek, yang menyatakan bahawa remaja Palestin itu memerlukan rawatan empat kali sehari. Kira-kira 4,400 orang Palestin kini berada di penjara Israel, termasuk 40 wanita, 170 kanak-kanak dan 380 orang di bawah tahanan pentadbiran tanpa tuduhan atau perbicaraan.