Tips Untuk Khusyuk Dalam Solat

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Khusyuk merupakan salah satu perkara yang diinginkan oleh semua umat Islam ketika menunaikan solat. Khusyuk di dalam solat bukan sahaja memberikan ketenangan, malah ianya boleh meningkatkan mutu sekolah kita ke arah yang lebih baik.

Namun, bukan mudah untuk khusyuk di dalam solat. Hal ini kerana, pasti akan ada gangguan tertentu sama ada dari faktor luaran mahupun dalaman sendiri.

Khusyuk membawa maksud perasaan rendah diri dalam hati semasa menghadap Allah SWT.

Oleh itu, bagaimana untuk mendapatkan khusyuk di dalam solat? Berikut merupakan tips yang boleh diamalkan untuk mendapatkan khusyuk di dalam solat.

1. Ambil wuduk dengan betul

2. Jangan terburu-buru ketika menuju ke tempat solat

3. Pakai pakaian yang selesa dan sesuai

4. Pastikan tempat solat bersih dan kemas untuk mengelakkan fikiran menerawang ke sekeliling.

5. Gunakan sejadah yang kurang corak atau kosong adalah lebih baik

6. Perlahan-lahan menyebut dan memahami bacaan surah al-Quran yang dibaca di dalam solat.

7. Sebelum solat, ambil masa sejenak untuk mengingati Allah sama ada secara berzikir, mengucapkan isti’azah atau melakukan solat sunat dua rakaat (untuk waktu yang dibolehkan) bagi menghadirkan persediaan dalam solat.

8. Jaga pemakanan

Kesimpulannya, khusyuk di dalam solat membantu mendidik hati ke arah ketenangan. Berdasarkan kalam Allah, ada disebut mengenai orang yang khusyuk yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.” (Surah al-Mukminun, 23: 1-2)

Wallahu a’lam.

Sumber: TZKRH.COM & SIAKAP KELI