TMJ Harap Velazquez Jadi Pemain Naturalisasi

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR: Perancang tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Leandro Velazquez diharap dapat menjadi pemain naturalisasi Malaysia yang seterusnya.

Harapan itu itu disuarakan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menganggap Velazquez sebagai pemain tengah terbaik di Liga Malaysia (Liga M).

“Leandro cedera buat masa ini, tetapi kerana jasa dia dengan kelab, saya akan tunggu dia berapa lama yang boleh dan saya harap dia akan jadi pemain tempatan pada masa akan datang.

“Saya berasa di antara pemain tengah terbaik dalam Liga Malaysia,” katanya dalam program Nindia Bola yang disiarkan sebuah televisyen swasta.

Seandainya harapan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu menjadi kenyataan, ia akan menambahkan lagi pilihan buat Harimau Malaya di bahagian tengah.

Ketika ini, Malaysia sudah memiliki beberapa pemain naturalisasi termasuk Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi, Guilherme De Paula, Lee Tuck, Sergio Aguero, Paulo Josue dan Endrick Dos Santos.

Malah, pemain import Kuala Lumpur (KL) City dari Colombia, Romel Morales sebelum ini juga dilaporkan sedang dalam proses untuk mendapat status naturalisasi.

– BERITA HARIAN