KUALA NERUS – Tomislav Steinbrückner dilantik sebagai Pengarah Teknikal kelab Terengganu FC bagi mengharungi Liga Malaysia musim 2022.
Pegawai yang berasal dari negara Croatia ini bakal menerajui kesemua struktur pasukan dibawah kelab Terengganu Football Club.
Beliau sememangnya tidak asing lagi dikalangan para penyokong di negeri Terengganu dan Malaysia berikutan pernah menjadi Ketua Jurulatih bagi pasukan T-Team FC pada tahun 2015.
Kini beliau kembali ke bumi Terengganu, untuk tugasan yang lebih besar sebagai Pengarah Teknikal dan beliau menganggap ianya cabaran baru beliau di Malaysia.
Sumber: UNIT BERITA MANIS FM