Tonga Dilanda Tsunami, Tiada Ancaman Kepada Malaysia

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan kejadian letusan gunung berapi di dasar laut yang berlaku di perairan Tonga pada tengah hari semalam.

Menurut Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, keputusan dibuat berdasarkan kepada pemantauan berterusan, semakan bacaan tolok pasang surut serta boya antarabangsa dan tempatan serta maklumat yang dikeluarkan menerusi laman sesawang Regional Tsunami Service Providers (RTSP).

“MetMalaysia akan sentiasa memantau secara berterusan perkembangan kejadian itu. Met Malaysia juga akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini yang berkaitan dari semasa ke semasa.

“Sila dapatkan maklumat gempa dan amaran tsunami terkini menerusi media sosial dan laman web rasmi MetMalaysia atau di aplikasi myCuaca,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terbaharu, selepas sebuah gunung berapi dasar laut meletus dengan memuntahkan awam abu dan gas ke udara menyebabkan tsunami melanda pulau terbesar Tonga, Tongatapu dan menghamburkan ombak ke ibu kota negara kepulauan berkenaan.

Sumber: KOSMO