Tottenham Ikat Postecoglou Empat Tahun

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

LONDON – Tottenham mengumumkan pelantikan Ange Postecoglou sebagai pengurus baharu kelab itu dengan kontrak empat tahun.

Pengurus dari Australia berusia 57 tahun itu akan menyertai kelab utara London dari Celtic pada 1 Julai ini, selepas Spurs setuju membayar pampasan 5 juta pound (RM27.5 juta) kepada The Hoops.

Postecoglou memenangi lima trofi dalam dua musim di Scotland, selepas menyertai Celtic dari kelab Jepun, Yokohama F. Marinos.

Mengesahkan pelantikan itu, Pengerusi Spurs Daniel Levy berkata: “Ange membawa mentaliti positif dan gaya permainan menyerang.

“Dia mempunyai rekod baik dalam pembangunan pemain dan memahami mengenai kepentingan hubungan dengan akademi – yang sangat penting kepada kelab kami.

“Kami teruja dengan kehadiran Ange dalam persiapan kami menghadapi musim depan,” katanya.

Spurs sebelum ini dikaitkan dengan bos Feyenoord, Arne Slot.

Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Belanda itu menandatangani kontrak baharu dengan juara Eredivisie itu, sekali gus Postecoglou menjadi sasaran nombor satu.

– BERITA HARIAN