TPK Legacy Penaja Baharu TFC Bernilai RM70 ribu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU: Tea Peng King (TPK) Legacy secara rasminya telah menjadi penaja baharu pasukan Terengganu FC (TFC) selepas majlis menandatangani penajaan pada tengahari, kelmarin.

Pengarah Operasi TPK Legacy, Mohd Farhanuddin Salleh berkata, pihaknya memilih TFC kerana ingin mencari kelainan dalam mempromosikan produk sekaligus dapat memberikan sokongan kepada pasukan TFC yang bakal beraksi di Liga Super musim ini.

“Kami berasa sangat berterima kasih dan bersyukur kerana TFC sudi memberi kepercayaan kepada kami untuk menjadi salah satu rakan penaja bagi TFC pada musim 2023.

“Oleh kerana bosan dengan cara pemasaran sendiri, saya ingin mencari kelainan untuk promosikan produk dengan menerima cadangan rakan untuk menjadi penaja TFC.

“Jumlah sebenar penajaan adalah bernilai RM70,000 bergantung kepada komisyen jualan di dalam stadium dan perlawanan” katanya ketika ditemui selepas menandatangani penajaan tersebut di Pejabat Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Gong Badak.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif TFCSB, Abd Rasid Jusoh berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan mana-mana syarikat yang ingin berkongsi dengan TFC untuk mempromosikan dan meningkatkan publisiti produk mereka.

“Kami tidak mempunyai had sponsor. Setakat ini, terdapat sebanyak 20 syarikat yang telah menaja bersama TFC dalam bentuk barangan dan kewangan, yang telah merangkumkan jumlah keseluruhan RM10 juta.

“TFC menunjukkan jumlah peningkatan penaja daripada 15 jenis syarikat pada tahun lepas. Kami memang mewujudkan satu unit bagi menggerakkan TFC kearah tajaan kerana ianya merupakan salah satu daripada cabang sumber pendapatan kami” katanya.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM