KUALA TERENGGANU – Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam perlu memainkan peranan dalam menyantuni dakwah kepada golongan muda susulan trend ‘kipas jadi makmum’ solat yang tular baru-baru ini.
Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah Dan Wanita, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Azhar Yahya peranan NGO dan kerjaan perlu digerakkan bagi diberikan ‘bantuan’ kepada golongan yang disifatkan sebagai golongan kurang kasih sayang yang menyebabkan mereka sanggup melakukan tindakan sedemikian.
“Dalam keadaan mereka, kita lihat daripada dua sudut, sudut dakwah dan sudut penguatkuasaan, yang mana melibatkan undang-undang, maka itu perlu dikenakan undang-undang dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan.
“Jadi dengan pelbagai NGO yang ada pada hari ini yang segmen masing-masing yang ada belia, rentan, kanak-kanak, OKU, dan sebagainya yang menjadikan peluang terbaik untuk masing-masing untuk berikan input masing-masing”.
“Jadi benda inilah kita nak sedarkan ke dalam masyarakat terutamanya kepada golongan muda” tambah beliau kepada media selepas Program Hari Terbuka NGO Islam Terengganu 2022 di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu di sini hari ini.
Sejak PKP lalu, pengisian media dakwah telah dijalankan bagi pelbagai pihak NGO Islam dalam memperluaskan dakwah kepada pelbagai golongan dalam menangani tekanan yang menggalakkan perbuatan yang salah dari segi akhlak dan akidah.
Sumber: UNIT BERITA MANIS FM