TSG TERIMA TAJAAN BERNILAI RM 9.3 JUTA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Terengganu Cycling Team (TSG) yang kini dijenamakan sebagai Terengganu Polygon Cycling Team menerima tajaan bernilai RM 9.3 juta, yang terbesar sejak penubuhannya bagi menghadapi musim ini yang akan bermula dengan tirai kayuhan sulung pada 28 Januari ini di UAE.

Polygon syarikat yang beroperasi di jawa Timur, Indonesia menjadi penaja utama TSG yang masih mengekalkan TSG sebagai akronim berdaftar dengan badan induk berbasikal dunia (UCI).

Turut kekal sebagai penaja sejak awal penubuhan Shimano (Singapore) PTE. LTD, Terengganu Incorporated Sdn. Bhd, KMI Healthcare, Tourism Terengganu.

Turut menjadi tumpuan, jalinan kerjasama strategik antarabangsa di antara Turki melalui Turkish Airlines dengan TSG yang dijangka mampu meneroka peluang pelaburan yang mampu dijana oleh kedua-dua negara.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Che Ku Izmuddin Che Ku Mahmood, kerjasama bersama dengan Turki dijangka mampu mempromosikan industri sukan pelancongan yang bakal memberi impak positif dalam sektor pelancongan di antara kedua-dua negara.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis pelancaran dan memperkenalkan barisan penaja pasuka Terengganu Polygon Cycling Team di Hotel Primula Beach Resort, Kuala Terengganu.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Wan Sukairi Wan Abdullah yang merasmikan majlis berkenaan.

Di dalam majlis tersebut turut diperkenalkan dua pelumba baharu yang akan mengisi kekosongan bagi menghadapi musim ini iaitu Jamal Hibatullah dari Indonesia serta Anatolii Budiak dari Ukraine.