TSIS, UiTM Jalin Kerjasama Dalam Lestarikan Pesisir Pantai Terengganu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

SHAH ALAM –Terengganu Strategic and Integrity Institute (TSIS) melalui Centre of Excellence PITAS (CoE PITAS) telah menjalankan kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) melalui Fakulti  Senibina, Perancangan & Ukur (FSPU) bagi menjaga kelestarian pembangunan di negeri Terengganu khususnya kawasan pesisir pantai yang menjadi tumpuan pelancongan dan kegiatan ekonomi.

Penyelidikan ini dijalankan dengan menumpukan kepada pembangunan kawasan pesisir pantai Terengganu secara lestari yang turut memfokuskan kepada pembangunan rekabentuk yang berteraskan ciri islamik, pintar dan lestari di kawasan-kawasan pesisir pantai tertentu di Terengganu.

Satu Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara TSIS dan UiTM telah diadakan di Bilik Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti, Bangunan Caseleri UiTM Shah Alam. Rombongan TSIS diwakili oleh Pemangku Pengarah CoE PITAS, En Zulhimi Abd Rahman manakala pihak UiTM diwakili oleh Prof. Datuk Dr Mizan bin Hitam, Penolong Naib Canselor ILD UiTM.

“Saya lihat ia satu projek yang amat bermakna yang menghubungkan antara universiti dan masyarakat. Ia melibatkan kepimpinan, pensyarah dan para pelajar dan mencari jalan bagaimana konsep-konsep di universiti ini dapat dilestarikan di negeri Terengganu untuk melihat pembangunan yang lebih mampan. Saya fikir ia sesuai dengan Sustainable Development Goals (SDG)” ujar Prof. Datuk Dr Mizan bin Hitam setelah majlis sempurna dijalankan.