Tuchel Bawa Bayern Pintas Dortmund

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

MUNICH – Thomas Tuchel berkata dia tidak akan meraikan dengan pemain-pemain walaupun berjaya merakam kemenangan 4-2 ke atas Borussia Dortmund dalam tugasan pertamanya sebagai pengendali Bayern Munich.

Tuchel menggantikan Julian Nagelsmann minggu lalu dan dia hanya menunjukkan reaksi bersahaja selepas membawa Bayern kembali ke puncak Bundesliga.

“Saya rasa belum tiba masanya. Julian adalah jurulatih sehingga sekarang dan saya tiba di akhir musim,” kata Tuchel ketika disoal mengapa dia tidak meraikannya bersama pemain-pemain.

Menurut Tuchel, dia tidak akan sesekali menyertai pemain meraikan kemenangan di atas padang.

“Saya gembira jika pemain-pemain saya bersinar dan saya gembira jika pemain-pemain saya menunjukkan potensi mereka, dan lebih gembira jika mereka meraikan kemenangan di hadapan penyokong.

“Saya cuba membantu mereka mencapai prestasi terbaik sebagai satu pasukan. Saya cuba membawa pengaruh dan mencipta suasana yang membuatkan orang senang datang untuk bekerja. Perkara-perkara lain, saya tidak masuk campur,” katanya.

Kapten Bayern, Thomas Mueller meledak dua gol dalam kemenangan itu selepas jaringan sendiri penjaga gol Dortmund, Gregor Kobel.

Kingsley Coman menambah jaringan di babak kedua dan dua gol lewat permainan Dortmund tidak cukup untuk menafikan kemenangan Bayern.

– BERITA HARIAN