Ramai yang beranggapan bekerja sepenuh masa cukup meletihkan. Tapi sebenarnya menjadi suri rumah sepenuh masa adalah lebih memenatkan.
Menurut kajian terbaru, tugas seorang suri rumah sepenuh masa adalah 2.5 kali lebih penat berbanding pekerjaan sepenuh masa yang lain.
Kajian itu dijalankan ke atas 2,000 ibu di Amerika Syarikat yang mempunyai anak berumur di antara 5 hingga 12 tahun.
Suri rumah bekerja 14 jam sehari, pekerja sepenuh masa hanya 8 jam
Secara purata, kerja seorang suri rumah bermula seawal jam 6.23 pagi, lebih awal daripada kebanyakan pekerja lain yang memulakan hari mereka.
Ini bermakna, seorang suri rumah bekerja selama 14 jam sehari atau secara purata 98 jam seminggu. Berbanding pekerjaan sepenuh masa yang hanya bekerja selama 8 jam sehari atau 40 jam seminggu.
Waktu rehat suri rumah hanya 1 jam 7 minit
Kajian yang dijalankan oleh Welch’s sebuah syarikat jus di United Kingdom mendedahkan, suri rumah hanya mempunyai masa 1 jam 7 minit untuk bersendirian atau melakukan sesuatu untuk diri sendiri.
Laporan The Independent pula mendapati, 40 peratus golongan ibu merasakan mereka didominasi oleh pekerjaan yang tidak pernah berakhir.
Jangan ingat tugas sebagai seorang suri rumah sesuatu yang mudah. Hargai ibu dan isteri anda.
Sumber: Vitdaily