Tujuh Lagi Atlet Sri Lanka Lesap

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

COLOMBO – 10 ahli kontinjen Sri Lanka di Sukan Komanwel, Birmingham, menghilangkan diri, disyaki cuba untuk terus tinggal di Britain.

Sembilan atlet dan seorang pegawai lesap ketika acara masing-masing, kata pegawai kontinjen negara berkenaan yang enggan dikenali.

Tiga daripadanya, atlet judo Chamila Dilani, pengurusnya Asela de Silva, dan atlet gusti Shanith Chathuranga – hilang minggu lalu.

“Sejak itu, tujuh lagi menghilangkan diri. Kami syak mereka mahu kekal di UK, mungkin untuk mencari pekerjaan,” kata pegawai berkenaan.

Pihak pengurusan kontinjen dibarisi 160 orang itu memegang pasport kesemua atlet dan pegawai mereka bagi memastikan kesemuanya kembali ke Sri Lanka selepas temasya.

Sri Lanka memenangi satu perak dan tiga gangsa di temasya berkenaan setakat semalam.

Sumber: BERITA HARIAN