Turki Kesan Kes Pertama Varian Omicron

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

ANKARA – Turki merekodkan enam kes pertama COVID-19 varian Omicron dengan kes itu dilaporkan di Istanbul dan wilayah Izmir.

Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca mengesahkan mengenai perkara itu tetapi menjelaskan individu terbabit tidak mempunyai sebarang masalah dan menunjukkan gejala ringan.

“Enam kes ini tidak perlu dirawat di hospital. Gejalanya sangat ringan. Mereka dirawat sebagai pesakit luar dan tidak menghadapi masalah lain,” kata pada sidang Parlimen semalam.

Dua minggu lalu, Turki menutup pintu masuk untuk penumpang dari Afrika Selatan, Botswana, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe untuk mencegah penularan COVID-19 varian Omicron.

Sebanyak 19,255 kes baharu COVID-19 dikesan di Turki sehingga semalam dan 191 kes kematian direkodkan setakat ini.

Kes jangkitan harian di Turki dilaporkan menurun agak ketara sejak Oktober lalu iaitu sekitar 30,000 kes.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini mengesahkan varian Omicron dikesan di sejumlah negara, termasuk Singapura, Jepun, Amerika Syarikat (AS), Kanada, Mexico, Norway dan British.

Sumber: BERITA HARIAN