Setelah gempa bumi berlaku di Izmir, Pasukan Bulan Sabit Merah Turki antara pihak yang terlibat dalam memberi bantuan kepada mangsa gempa bumi yang menggegarkan Turki.
Gegaran yang berkekuatan 6.6 skala ritcher pada 30 Oktober itu telah menggegarkan bandar Izmir yang merupakan bandar ketiga terbesar di Turki. Kesannya, sekurang-kurangnya seramai 115 orang terbunuh dan lebih dari 1,000 orang tercedera.
Persatuan Bulan Sabit Merah di Turki telah bekerjasama di lapangan dengan kira-kira 9,000 sukarelawan dan 300 pekerja, termasuk pelajar asing yang datang ke Turki untuk menuntut ilmu.
Antara pelajar luar negara ialah pelajar dari Azerbaijan, Somalia, Yemen, Syria, Mesir, dan Afghanistan. Mereka telah bekerjasama membantu dan berusaha meringankan penderitaan mangsa gempa di Izmir sejak hari pertama bencana gempa bumi itu berlaku.
Salah seorang sukarelawan, Suleyman Aliyev, seorang pelajar Azerbaijan yang tinggal di Turki selama dua tahun mengatakan bahawa mereka memutuskan dengan rakan-rakannya untuk menjadi sukarelawan Bulan Sabit Merah Turki setelah gempa bumi itu berlaku. “Mangsa gempa sangat tertekan. Saya cuba membuat mereka ketawa dengan menyokong mereka secara sukarela”
Antara sukarelawan dari Somalia ialah Fatimah Abdi yang bertugas selaku warga dapur. Dia merasa sangat bahagia dapat menolong orang. “Kesakitan dapat dihilangkan apabila dikongsi bersama.” , katanya. Menurutnya, Persatuan Bulan Sabit Merah telah ke hadapan dalam menjayakan pemberian bantuan.