Ugas Akur Tewas Kepada Spence

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Los Angeles –  Soket mata di sebelah kanan Yordenis Ugas patah ketika dia beraksi di pusingan ke-10 dan terpaksa akur akan kekalahan menerusi kiraan teknikal KO kepada Errol Spence di Texas.

“Tulang mata saya patah dan dalam beberapa hari lagi doktor akan memberi tahu bagaimana mereka akan merawatnya,” kata Ugas di laman instagramnya.

“Saya menghabiskan sepanjang pagi di hospital dan saya menulis ayat ini dengan hanya sebelah mata dan satu lagi masih tertutup.”

Pengadil Laurence Cole menghentikan pertarungan pada pusingan ke-10 atas nasihat doktor di tepat gelanggang kerana mata kanan Ugas mulai bengkak.

Petinju dari Cuba ketika itu ketinggalan 27-5, tetap meneruskan perjuangan sebanyak tiga pusingan selepas matanya bengkak kerana tumbukan Spence ketika pusingan ketujuh.

“Saya tidak dapat melihat dari mata, tapi saya mahu terus hingga penamat perlawanan,” kata Ugas dalam temu bual di dalam gelanggang selepas pertarungan di Stadium AT&T Dallas Cowboys, Arlington.

Sumber: HARIAN METRO