Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengumumkan bahawa tempat-tempat ibadat, termasuk masjid, akan dibuka semula bagi menjalankan kegiatan agama bermula pada 2 Disember setelah tamat perintah penguruhan nasional.
Pada 5 November, masjid-masjid di UK secara sah telah dibuka kepada umum namun hanya ibadah secara individu sahaja yang dibenarkan.
Berita Ini diumumkan oleh Boris dalam satu kenyataan kepada Parlimen UK pada hari Isnin (23/11) yang menggariskan rancangan kerajaan bagi Perancangan Musim Sejuk COVID-19.
“Ini bererti mulai hari Rabu depan, penduduk dapat keluar dari rumah mereka untuk melakukan aktiviti dan bertemu di tempat terbuka, tetapi tetap perlu mematuhi Enam Peraturan sebagaimana yang ditetapkan,” kata Boris
Boris menambah bahawa ibadah jemaah, perkahwinan, aktiviti luar rumah boleh diteruskan semula manakala kedai, pusat gimnasium dan sektor rekreasi akan dibuka semula.
“Untuk pertama kalinya sejak covid-19 ini merebak, kita dapat melihat jalan keluar dari wabak ini. Penyelidikan dalam bidang perubatan, ujian dan vaksin kini semakin menampakkan hasilnya dan kita tahu bahawa tahun depan kita akan berjaya, ”kata Perdana Menteri.
Mulai 2 Disember, negara akan mula dibuka melalui pendekatan bertahap. Tindakan tegas akan dikenakan bagi kawasan yang mempunyai kes Covid-19 yang tinggi.
Ini bermaksud bahawa orang yang berada di Tahap 1 perlu bekerja dari rumah selagi mampu.
Di Tahap 2 pula, alkohol hanya boleh disajikan sebagai minuman tambahan,
Manakala di Tahap 3 , pusat hiburan dalam bangunan , hotel dan penginapan lain mesti ditutup, kecuali servis penghantaran.
Sumber: 5 Pillar