Ulama Kuwait Menggesa Boikot Syarikat Arab Yang Bekerjasama Dengan Israel

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Tareq Al-Suwaidan

Ulama terkenal dari Kuwait iaitu Tareq Al-Suwaidan telah menggesa untuk memboikot syarikat Arab yang bekerjasama dengan Israel di dalam seminar yang dianjurkan oleh kumpulan anti-normalisasi UAE.

Berbicara mengenai “keperluan memboikot produk entiti Zionis dan penyokongnya”, Al-Suwaidan menyatakan bahawa kempen global terhadap produk Israel perlu diperluaskan hingga sampai kepada syarikat Arab yang akan mendapat keuntungan dari normalisasi dengan negara penjajah.

Lelaki berusia 66 tahun itu adalah tokoh popular di Timur Tengah dengan populariti yang besar di media sosial  kerana mempunyai sepuluh juta pengikut Twitter dan 8.4 juta di Facebook.

Al-Suwaidan mendesak agar syarikat dari UAE, Mesir, Bahrain atau negara lain di rantau ini yang bekerjasama dengan Israel melakukan sama ada dalam bidang perbankan, aeronautik, atau sektor lain membatalkan Kerjasama mereka. Begitu juga, produk dari syarikat yang mendapat keuntungan dari Israel harus diboikot, lanjutnya.

Sekiranya syarikat-syarikat Arab memboikot syarikat yang mengambil keuntungan dari negara Zionis, Kerjasama ini boleh mengakibatkan kerugian besar kepada pihak yahudi kerana 300 juta orang termasuk warga Arab bukan Islam yang akan turut serta di seluruh dunia dalam boikot tersebut.

Al Suwaidan mengatakan “Negara Islam secara keseluruhannya menolak normalisasi”. Dan menjadi kewajiban bagi masyarakat untuk menghadapi normalisasi dengan menanggung kerugian besar dengan ikut serta dalam memboikot produk musuh.”

Sumber : MEMO