Ular Sawa 100kg Masuk Perangkap

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

RANTAU PANJANG – Seorang penternak nekad memasang perangkap ular sawa selepas itik serati peliharaannya menjadi mangsa reptilia terbabit.

Tindakan warga emas berusia 65 tahun itu bagaimanapun membuahkan berhasil apabila ular sawa tersebut masuk perangkap selepas memakan umpan disediakannya dalam kejadian di Kampung Batu Karang pada Rabu.

Ular sawa itu kemudian diserahkan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pasir Mas.

Pegawai APM Pasir Mas, Kapten (PA) Mohd Arif Mohd Zain ketika dihubungi berkata, reptilia itu merupakan ular terbesar dan terberat pernah ditangkap sepanjang tahun ini di jajahan tersebut.

“Sebaik sahaja sampai, kami dapati ular sawa itu sepanjang tujuh meter.

“Ular terbabit akan diserahkan kepada Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) untuk tindakan selanjutnya,” ujar beliau.

– SINAR HARIAN