Umbro Penaja Rasmi Jersi Terengganu Selama Dua Musim Dengan Nilai Tajaan RM1.8 Juta

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Terengganu Football Club (TFC) mengumumkan UMBRO sebagai penaja rasmi kit pasukan melalui Al-Ikhsan Sports bagi musim 2022 dan 2023 dengan nilai tajaan berjumlah RM1.8 Juta.

Menurut kenyataan rasmi, Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Encik Ab Rasid Jusoh menyatakan kerjasama bersama jenama Umbro ini dilihat mampu mengangkat nilai komersial kelab kearah yang lebih tinggi memandangkan jenama Umbro ini sepertimana yang diketahui ramai adalah jenama antarabangsa yang berasal dari United Kingdom, dan imej kelab TFC ini sendiri boleh dipasarkan ke luar Malaysia melalui kerjasama seperti ini.

Beliau menambah, melihatkan Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd adalah pemegang lesen Umbro di Malaysia menambahkan lagi keyakinan buat pengurusan ini kerana TFC sebelum ini telah bekerjasama bersama pihak Al-Ikhsan dengan menggunakan jenama Active Lifestyle (AL) bermula tahu 2019 sehingga 2021 dan dilihatkan kerjasama ini terjalin dengan sangat baik.

Pengurus Produk Umbro & Al-Ikhsan, Encik Khairul Asyraf Ahmad turut berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan pihak TFC kerana baginya kerjasama ini boleh bergerak lebih jauh melihatkan pada kualiti yang ada pada pasukan dan pengurusan kelab, cara kelab ini memasarkan pasukan dan semestinya kelab ini salah sebuah kelab di Malaysia yang mempunyai ‘fanbase’ yang besar dan beliau juga salah seorang yang sering mengikuti perkembangan pasukan ini.

Untuk rekod pada ketika ini TFC adalah satu-satunya kelab di Malaysia yang menerima tajaan dari jenama Umbro bagi musim 2022.

Sumber: VOCKET FC