United Dijangka Lebih Bagus Berbanding Arsenal Musim Depan – Hamann

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

BEKAS pemain tengah Liverpool, Didi Hamann meramalkan Manchester United akan menamatkan saingan di atas Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

The Red Devils mengharungi saingan liga yang teruk musim lalu sebelum kemenangan final Piala FA ke atas Manchester City menyelamatkan maruah pasukan itu.

Untied memutuskan untuk kekal bersama Ten Hag walaupun terdapat laporan bahawa Red Devils akan memecatnya sebelum perlawanan akhir Piala FA dan mereka kini menyokongnya dengan janji kemasukan pemain baru.

Sir Jim Ratcliffe dan INEOS telah pun membantu membawa masuk pemain antarabangsa Belanda Joshua Zirkzee dari Bologna dan pertahanan tengah muda Perancis Leny Yoro dari Lille.

Arsenal pula tampil mengagumkan apabila prestasi mereka meningkat di bawah Mikel Arteta dan sekali lagi mengakhiri saingan EPL di kedudukan kedua di belakang City.

Tetapi Hamann yakin bahawa Manchester United akan menamatkan saingan di atas Arsenal musim depan kerana dia percaya pasukan Arteta telah terlepas peluang untuk memenangi kejuaraan.

Apabila ditanya mengenai ramalan empat teratas EPL, Hamann memberitahu City akan terus mengungguli saingan liga.

“Tetapi, saya tidak pasti tentang Arsenal kerana mereka telah terlepas peluang.

“Saya akan memilih Manchester City, Manchester United jika mereka membuat pembelian pemain yang tepat kemudian Arsenal di tempat ketiga dan Liverpool di tempat keempat.

“Saya rasa United akan melakukannya dengan baik musim depan. Jelas sekali, Kobbie Mainoo telah menyerlah di Euro dan dia akan memainkan peranan utama,” katanya.

– SINAR HARIAN