Usaha Pendigitalan Usahawan Luar Bandar Dipergiatkan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN – Usaha Pendigitalan Usahawan bakal dipergiatkan lagi di kawasan pendalaman terutamanya di sekitar Kuantan.

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Kuantan ,YH Dato Hajah Zaiton Mat berkata, penggunaan media sosial masa kini adalah meluas dan ini merupakan peluang buat usahawan, khususnya usahawanita dalam mempromosikan produk perniagaan milik mereka.

“Kita juga merancang untuk mengadakan kursus pendigitalan sebegini ke kawasan pendalaman seperti di kampung-kampung agar usahawan di pendalaman dapat diperkasakan dan produk yang dihasilkan mereka dapat dinikmati oleh ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Kursus Pemerkasaan Wanita Bersama Usahawan Serambi Teruntum di sini.

Kursus Pemerkasaan Wanita bersama Usahawan Serambi Teruntum yang berlangsung selama tiga hari itu berfokuskan kepada teknik Mobilegrafy, penghasilan Videografi produk dan TikTok Marketing.

Menurut seorang peserta Nurul Fatehah Abdul Halim, 21, ilmu yang diberikan didalam kursus sangat membantu kerana kami diajar menghasilkan gambar produk dengan menarik dan profesional, menghasilkan video TikTok dengan berkualiti.

Fatehah yang membantu perniagaan ibunya Misha Omar Enterprise bertempat di Serambi Teruntum akui media sosial sangat membantu mempromosikan perniagaan aneka sambal ibunya.

Sementara itu, Mohd Yusof Mohd Salleh berkata, peserta dan juga pesara kerajaan akui kursus yang dijalankan membantunya memahami teknik mempromosikan produk menggunakan media sosial dan tidak hanya bergantung kepada penggunjung Serambi Teruntum sahaja.

Mohd Yusof akui perlunya usahawan usahawan sentiasa menambah ilmu pengatahuan terutamanya ilmu mengenai pemasaran digital supaya produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dapat diperluaskan pasarannya.

Sumber : PAHANG MEDIA