Uzbekistan, Kazakhstan Tuntut Ilmu Al-Jufferi

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR: Bekas jaguh silat negara, Mohd Al-Jufferi Jamari diundang untuk berkongsi ilmu dengan pesilat dari Uzbekistan dan Kazakhstan bagi membantu mengembangkan sukan itu di kedua-dua negara berkenaan.

Al-Jufferi, berkata kedua-dua negara terbabit dilihat cukup serius dalam mengembang dan melahirkan pesilat bertaraf dunia sekali gus bakal menjadi pesaing hebat untuk Malaysia pada masa akan datang.

“Uzbekistan dan Kazakhstan sememangnya memerlukan jurulatih terbaik berikutan ketika ini mereka dalam perancangan untuk melahirkan pesilat bertaraf dunia.

“Mereka memilih saya kerana berdasarkan kepada rekod sebelum ini dan kaedah atau teknik digunakan ketika bertempur.

“Saya tidak dapat pastikan berapa lama tempoh untuk berada di negara terbabit namun gembira kerana dapat mengembangkan ilmu persilatan di sana,” katanya yang akan berangkat dalam masa terdekat ini.

Bagaimanapun, Al-Jufferi yang juga bekas juara dunia sebanyak empat kali menegaskan dia tetap komited untuk membantu Malaysia melahirkan lebih ramai pesilat bertaraf dunia.

“Saya turut terbabit dalam pembangunan silat di negara ini demi memastikan Malaysia dapat melahirkan pesilat bertaraf antarabangsa pada masa akan datang,” katanya yang mengumumkan persaraannya pada Ogos tahun lalu.

Al-Jufferi antara pesilat terbaik pernah dilahirkan Malaysia apabila merangkul gelaran dunia sebanyak empat iaitu pada edisi 2012 di Chiang Rai, Thailand diikuti di Phuket, Thailand (2015) dan Bali, Indonesia (2016).

Dia juga berjaya memenangi empat pingat emas sepanjang penampilan di Sukan SEA bermula edisi 2011 di Indonesia, Myanmar (2013), Singapura (2016) dan Kuala Lumpur (2017)

Hadir sama, Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim.

Sebelum ini, dalam episod ke-18 musim kedua yang ditayangkan pada Jumaat lalu, watak dalam anime itu, Kento Nanami ada menyebut ingin melawat Kuantan di Malaysia iaitu pantai di Kuantan sebelum kematiannya.

Situasi tersebut turut menyebabkan warga Kuantan berbangga dan ada yang berkongsi keindahan pantai-pantai yang terdapat di ibu negeri Pahang itu di media sosial masing-masing.

Dalam pada itu, langkah kerajaan mengecualikan visa 30 hari untuk pelancong China dan India ke negara ini bermula Jumaat ini, Yu Man memberitahu kerajaan negeri menyambut baik usaha tersebut.

“Langkah ini juga tepat pada masanya kerana kita baharu saja melakukan trip suai kenal empat hari lima malam dengan 14 pemilik ejen pelancongan dari China membabitkan pelbagai lokasi termasuk Taman Negara, Cherating, Sungai Lembing dan Kuantan sendiri.

“Jadi kita jangka, paling awal kita nampak impaknya pada Januari tahun depan dan usaha promosi terus dipergiatkan,” katanya.

Sementara itu, mengulas pemberian BPP kluster tersebut, beliau memberitahu ia adalah usaha dan keprihatinan kerajaan negeri untuk membantu golongan terbabit.

Yu Man berkata, pengagihan itu akan bermula pada hari ini (Khamis) sehingga hujung Disember 2023 melibatkan seluruh daerah di Pahang.

“BPP) ini serba sedikit dapat membantu meringankan beban kepada pemandu bot pelancong, malim gunung dan pemandu pelancong.

“Ia juga secara tidak langsung memberi suntikan motivasi kepada mereka dalam bidang yang diceburi,” jelasnya.

– SINAR HARIAN