Vaksin Covid-19: 74.8 Peratus Populasi Keseluruhan Lengkap Vaksin

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah penduduk Malaysia yang telah menerima dos lengkap vaksin COVID-19 melonjak kepada 24.41 juta individu atau 74.8 peratus daripada kira-kira 32 juta penduduk negara.

Kadar itu dicapai kira-kira 39 hari selepas Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) remaja bermula secara rasmi pada 19 September lalu.

Setakat semalam, Portal COVIDNOW menunjukkan sebanyak 95.5 peratus atau 22.34 juta golongan dewasa lengkap menerima dua dos. Manakala, 97.7 peratus atau 22.86 juta sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sejumlah 83 peratus atau lebih 2.6 juta golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, dan 65.5 peratus atau lebih 2 juta pula sudah lengkap dua dos.

Setakat semalam, jumlah penduduk dewasa yang masih belum divaksin hanya sekitar 2.3 peratus daripada 23.4 juta, dan sejumlah 17 peratus daripada 3.2 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun belum divaksin.

Ketika ini, hanya dua negeri masih mencatat di bawah 80 peratus jumlah penduduk dewasa lengkap divaksin, iaitu Kelantan (78.9 peratus) dan Sabah (73.1 peratus). Manakala, lapan negeri dan wilayah sudah merekodkan lebih 90 peratus.

Sumber: ASTRO AWANI