Van Dijk Belum Ditawarkan Kontrak Baharu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

LIVERPOOL: Kontrak belum ditawarkan buat kapten Virgil van Dijk yang memasuki musim terakhirnya di Anfield.

Liverpool tampil meyakinkan ketika menewaskan Sevilla 4-1 di Anfield – dengan Luis Diaz meledak dua gol, dan Diogo Jota serta pemain remaja, Trey Nyoni turut menemui sasaran – untuk kemenangan keempat dalam empat perlawanan buat skuad kendalian Arne Slot.

Van Dijk diturunkan buat kali pertama di bawah kendalian Slot selepas pemain Belanda itu kembali daripada cuti tiga minggu.

Ditanya berkenaan kontrak baharu, Van Dijk berkata: “Belum ada perubahan buat masa ini.”

Real Madrid, Barcelona pantau situasi Alexander-Arnold

Ia isu yang membimbangkan buat Liverpool dan pengarah sukan baharu, Richarcd Hughes, belum menandatangani pemain pada jendela perpindahan kali ini.

Van Dijk yang mahu menilai situasi di bawah Slot sebelum memutuskan masa depannya, berpuas hati dengan rejim baharu itu.

“Setakat ini nampak bagus. Banyak yang kami perlu lakukan di padang latihan – secara taktikal dan fizikal serta memastikan kecergasan kami.

“Perkara-perkara kecil amat penting untuk meningkatkan persembahan kami dan saya rasa itu yang kami semua mahu. Kami perlu menunjukkan keinginan itu – setakat ini nampak baik,” kata Van Dijk. – AGENSI