Wajah garang tapi penyayang… Ini 5 fakta sang kucing Sphynx

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

TUBUHNYA tidak berbulu, wajahnya bengis dan telinganya yang besar dan lebar… itulah kucing jenis Sphynx.

Tidak hanya itu, sebenarnya terdapat pelbagai fakta menarik mengenai Sphynx yang mungkin tidak anda ketahui.

1. Berasal dari Kanada

Banyak mengatakan kucing ini berasal dari Mesir kerana namanya diambil daripada bahasa Yunani kuno. Sebenarnya, ia berasal dari Kanada dan mula bakanya mula berkembang di Amerika Utara sejak 1960-an.

Sekitar tahun 1970-an, sepasang anak kucing Sphynx dilahirkan di Toronto dan Minnesota sehingga akhirnya berlaku pembiakannya sehingga ke hari ini.

2. Tidak ‘botak’

Sekilas melihat Sphynx, kita pasti mengatakan bahawa ia tidak memiliki bulu dan badannya kelihatan seperti telanjang atau botak.

Sebenarnya, jika kita menyentuh atau mengusap badannya, kita akan merasakan adanya bulu-bulu halus seperti suede yang menutupi seluruh permukaan kulitnya.

3. Memiliki pola dan warna berbeza

Meskipun warna kucing Sphynx terlihat seperti warna merah jambu, tetapi pigmen kulit mereka boleh bervariasi dalam pelbagai warna dan pola.

4. Mandi setiap minggu

Melihat kepada kulitnya tanpa bulu, ramai beranggapan Sphynx tidak perlu mandi terlalu kerap. Padahal, kulitnya lebih banyak menghasilkan minyak sehingga perlu mandi seminggu sekali.

Memandangkan bulunya nipis, kucing jenis ini juga lebih sensitif terhadap sinaran matahari. Ia juga mudah berasa panas atau sejuk membuatkan ia lebih selesa berada dalam rumah.

5. Ramah dan penyayang

Walaupun wajahnya bengis, tetapi kucing Sphynx adalah seekor haiwan yang penyayang, ramah dan suka bermain dengan manusia.

Malah satu kajian dilakukan pada 2012 yang diterbitkan dalam Journal of Veterinary Behavior menjelaskan kucing ini sebagai baka paling penyayang.

Sumber: mStar