Wang habis di ATM situasi biasa

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KOTA BHARU – Masalah kesemua mesin juruwang automatik (ATM) di Kelantan yang kehabisan duit merupakan keadaan biasa dan perkara itu sudah diselesaikan.

Perkara itu tular di media sosial pada Sabtu dan ramai yang mendakwa beberapa bank kehabisan wang.

Seorang kakitangan sebuah bank yang enggan dikenali memberitahu, peningkatan orang awam yang mengeluarkan wang bagi tujuan membeli-belah untuk persediaan ‘total lockdown’ antara faktor berlaku situasi itu.

“Ramai yang mengeluarkan wang daripada mesin ATM menyebabkan kehabisan wang tetapi masalah itu dapat diatasi.

“Mungkin berlaku sedikit kelewatan untuk mengisi wang di beberapa ATM selain kekangan kekurangan pekerja ketika pandemik Covid-19,” katanya katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Bagaimanapun katanya, masih ramai yang tidak mengetahui mesin ‘Cash Deposit’ yang boleh berfungsi seperti ATM menyebabkan mereka tidak mengambil wang menggunakan mesin itu.

Tambah beliau, pelanggan yang beratur panjang pula mempunyai pelbagai urusan termasuk pengeluaran tabung Amanah Sahan Nasional Berhad (ASNB) dan membuka akaun simpanan serta penukaran kad ATM yang rosak.

“Pelanggan yang boleh masuk ke dalam premis pada satu-satu masa di hadkan menyebabkan suasana sesak di hadapan bank,” katanya.

SUMBER: Sinar Harian