Wanita belajar bahasa Wales untuk terjemah teks islamik

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Seorang wanita berkata salah satu sebab dia mempelajari bahasa Wales atau ‘Welsh’ adalah untuk menterjemah teks-teks islamik. Laura Jones yang berasal dari Cardiff berkata, dia berharap perbahasan tentang Islam boleh menjadi antara topik perbualan dalam bahasa Wales.

Walaupun telah diterjemahkan kedalam beratus-ratus bahasa, tetapi tiada lagi terjemahan penuh Al-Quran di dalam bahasa Wales.

Katanya, ini adalah masa yang sesuai untuk menterjemah lebih banyak teks islamik kerana wujudnya orang Islam yang bertutur dalam bahasa Wales.

“Sebagai seorang Muslim, saya mahu cuba membawa Islam ke dalam bahasa Wales,” katanya kepada BBC Radio Cymru.

Dia mula mempelajari bahasa Wales sejak di bangku sekolah untuk GCSE, dan fasih berbicara ketika menginjak dewasa pada 2016.

“Salah satu sebabnya untuk meningkatkan kualiti kerjaya, untuk meluaskan peluang pekerjaan saya,” katanya.

“Sebab lain ialah, saya mahu menterjemah teks-teks Islamik ke bahasa Wales.”

Katanya, dia pernah cuba untuk berbicara tentang kepercayaan Islam dengan orang Wales di stesyen radio.

“Tetapi agak sulit apabila ingin menterjemah dan bercakap tentang ayat-ayat Al-Quran, atau hadis Nabi Muhammad ke dalam bahasa Wales,” katanya.

Katanya, dia mula melakukan kerja penterjemahan ketika bekerja dengan Pertubuhan Islam Wales.

“Kerana tiada terjemahan penuh Al-Quran di dalam bahasa Wales,” katanya.

“Saya mahu menjadi sebahagian daripada orang yang melakukannya.”

Lebih ramai orang Islam bercakap bahasa Wales

Laura telah dilatih sebagai pendakwah dan pernah membuat kajian tentang pengalaman orang awam semasa Ramadan untuk melengkapkan ijazah pascasiswazah MA dari Universiti Cardiff, dimana dia mempelajari peranan Islam di Britain kontemporari.

Dia kini mengambil jiazah kedoktoran di Universiti Cardiff, dimana dia mengkaji pengalaman orang awam ketika Ramadan.

Katanya, dalam makalah sejarah umat Islam di Wales, Islam dapat dilihat sejak abad ke-8 lagi apabila Raja Offa mempunyai syiling emas yang ditempa dengan tulisan Islam.

Laura berkata, pada masa lalu mungkin bilangan orang Islam bertutur bahasa Wales tidak ramai untuk menjamin terjemahan Al-Quran, tetapi zaman sudah berubah.

“Saya rasa sekarang ramai orang Islam yang bertutur bahasa Wales, belajar di sekolah Wales dan seumpamanya, jadi saya fikir ini adalah masa yang sesuai untuk melakukan kerja seperti ini,” katanya.

Sumber: BBC News