RANTAU PANJANG – Seorang wanita yang berkerusi roda akibat lumpuh separuh badan, beliau sangat cekal menerima tempahan hampir 10,000 biji ketupat palas sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.
Hanismariza Mohamed, 49, menerima tempahan pelanggan bukan sahaja dari seluruh Kelantan malah negeri luar seperti Johor, Pahang, Melaka dan Selangor yang mana diproses sejuk beku sebelum dipos kepada setiap pelanggan.
Jelasnya, proses yang agak sukar sepanjang menyiapkan ketupat ialah untuk mengarun pulut supaya ia masak serata dan diperasakan dengan sebaiknya selain proses membungkusnya yang mengambil masa agak lama.
“Dengan hanya duduk di kerusi roda ketika menyiapkan tempahan, menyebabkan saya sering berasa sakit pada bahagian belakang badan. Bagaimanapun, ia tidak menjadi alasan sebaiknya terus berusaha menyiapkan ketupat palas yang ditempah.”
“Besar harapan saya untuk terus mengembangkan perusahaan ketupat palas tetapi masih mempunyai kekangan modal membeli peti sejuk beku atau membayar upah pekerja,” jelasnya.
Hanismariza berkata, pelanggan mengetahui ketupat palas miliknya melalui perkongsian rakan-rakan dan saudara-mara selain turut mempromosikanya melalui lama sosial Facebook.
Sumber: BERITA HARIAN