Wanita Maut, Dua Cedera Kemalangan Di Pasir Puteh

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

PASIR PUTEH: Seorang wanita berusia 30an maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan di Jalan Machang, Kampung Kandis, di sini, pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Pasir Puteh, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Muhamad Deri Wahab berkata mangsa disahkan meninggal oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan pada jam 7.30 pagi selepas tersepit dalam kenderaan.

Katanya, ketiga-tiga mangsa menaiki kereta PERODUA Viva yang berlanggar dengan kenderaan jenis Toyota.

“Dua lagi mangsa membabitkan satu wanita dewasa berusia 30an, cedera ringan manakala seorang kanak-kanak perempuan parah,” katanya.

Muhamad Deri berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.56 pagi.

Katanya, operasi membantu membabitkan sembilan anggota BBP Pasir Puteh, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah kenderaan Trinton.

– BERITA HARIAN