Serangan pada 2 November oleh pengganas merupakan serangan mengejut setelah beberapa dekad yang dilakukan penyerang berusia 20 tahun, Penyerang tersebut yang dikenali sebagai Kujtim Fejzulai turut maut ditembak polis.
Semasa serangan tersebut, seorang imigran Muslim mendapatkan pujian sebagai adiwira di Austria setelah dia membantu seorang petugas polis yang terluka semasa serangan pengganas. Pemuda berbangsa Palestin itu bernama Osama Abu El Husna, berusia 23 tahun, mempertaruhkan nyawanya untuk membantu seorang petugas polis.
Bapanya mengatakan bahawa tindakan anaknya itu adalah cerminan sebenar nilai-nilai Islam. “Budaya, agama dan doktrin Muslim menyeru bahawa kita harus menolong orang lain,
” Ini adalah Tindakan Paling sedikit yang dapat kami lakukan untuk Austria.”
Osama Abu El Husna
Osama sendiri, 23, dengan bangga memakai plak polis yang dihadiahkan kepadanya oleh rakan-rakan pegawai yang cedera yang dibantunya.
Walaupun didesak oleh pegawai polis lain untuk berlari dan menyelamatkan dirinya, Osama menekan kemeja-T kelabu ke luka tembakan di paha anggota polis yang cedera dan membawanya ke ambulans.
Dia mengenal pasti dirinya dan mereka yang ditembak adalah sesama Muslim dan cuba berbicara dengan penyerang dalam bahasa Arab dalam usaha menghentikan tembakan. Osama yang berasal dari Jalur Gaza mendapat ucapan tahniah atas tindakannya oleh Presiden Palestin Mahmud Abbas.
Meskipun begitu, diskriminasi juga tidak asing bagi Osama. Osama sendiri ingin berhenti dari pekerjaannya sebagai juru elektrik akibat dibuli kerana mempunyai nama depan yang sama dengan pemimpin Al-Qaeda yang terakhir, Osama bin Laden.
Impak Serangan pengganas
Akibat daripada Serangan Pengganas yang menyerang orang awam di Vienna, Austria, Kerajaan Austria bertindak menutup dua masjid semalam selepas didapati sering dikunjungi dua penyerang yang menembak mati empat orang di bandar ini, awal minggu ini. Masjid berkenaan terletak di bahagian barat Vienna dikenali sebagai Masjid Melit Ibrahim di daerah Ottakring dan Masjid Tewhid di kawasan Meidling.
Menteri Integrasi, Susanne Raab, berkata, penutupan itu diputuskan Pejabat Hal Ehwal Agama yang mendapat maklumat daripada Kementerian Dalam Negeri, penyerang sering mengunjungi masjid terbabit selepas dibebaskan dari penjara.
Austria yang majoriti rakyatnya beragama Katolik, separuh daripada rakyatnya percaya masjid mempunyai imej negatif terhadap umat Islam, berdasarkan kajian tahun 2019 oleh University of Salzburg.
Menurut NGO Dokustelle, yang mendokumentasikan gangguan dan perkauman anti-Muslim, insiden yang mensasarkan umat Islam meningkat dari 309 pada tahun 2017 menjadi 1.051 pada tahun 2019. NGO itu juga melaporkan terdapat peningkatan insiden anti-Muslim setelah serangan Vienna, termasuk merosakkan bangunan dengan makian.
“Ramai wanita yang menelefon kerana mereka terlalu takut untuk pergi ke luar, akibat diganggu kerana memakai tudung,” kata pengasas Dokustelle, Elif Adam.
Semasa solat Jumaat di Masjid terbesar di bandar Vienna iaitu di Pusat Islam Vienna, Imam tersebut mengutuk segala bentuk keganasan yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam, dan menggesa ibu bapa agar berhati-hati dengan para pelampau yang cuba melakukan mendakyah radikalisasi terhadap anak-anak mereka.
“Sesiapa yang melakukan perbuatan tersebut tidak boleh diterima, dan kami tidak boleh menganggapnya sebagai warga Muslim,” kata Ahmed Al Mofareh, pengarah Pusat Islam Vienna.
“Lelaki bersenjata itu tidak memahami agama kita tetapi saya bimbang kebencian ini akan terkena semula kepada kita,” kata seorang pemuda yang tidak ingin dikenali. Masjid-masjid di seluruh Austria mendoakan mangsa yang terkorban akibat serangan penggnas.
Sumber : The Jakarta Post, AFP