Warga Muslim Palestin Bina Mesin Sterilisasi Pelbagai Fungsi

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Foto-Anadolu Agency

Seperti negara-negara lain, Palestin juga tidak terlepas dari terkena wabak Covid-19. Sejak bermulanya wabak Covid-19 ini,  kemasukan individu ke suatu tempat perlu dicatat meskipun agak melecehkan. 

Banyak pejabat, kedai terpaksa meletakkan pekerja di pintu masuk untuk memastikan pensterilan, catatan suhu, mencegah masuknya orang yang dijangkiti, serta memindahkan barang-barang yang tercemar denganvirus itu.

Bagi mengatasi tugas ini, seorang wanita Muslim Palestin bernama Hiba Hindi, mencipta sebuah mesin sterilisasi pelbagai fungsi yang kini digunakan di kebanyakan tempat di Jalur Gaza.Antara tempat yang telah menggunakan mesin ini ialah Pejabat UNESCO, Hospital dan kedai roti yang terletak di Jalur Gaza. Menariknya mesin itu dapat melakukan sembilan fungsi sekaligus dalam tempoh 3-5 saat untuk setiap orang yang memasuki tempat awam.

Sebelum seseorang individu masuk, mesin akan memeriksa suhu badan, mengeluarkan sabun pencuci untuk mencuci tangan, serta menyemburkan etanol dan klorin pada badan dan kaki. Hindi dan ahli pasukannya merancang mesin itu semudah mungkin supaya kanak-kanak dan orang tua juga dapat menggunakannya

“Menggunakan mesin ini mudah. Selain itu, mesin ini dapat melakukan tiga pekerjaan sekaligus hanya dalam beberapa saat. Mesin ini ini mesra alam, cekap daya tenaga, dan berdaya tahan terhadap gangguan elektrik di Gaza, ”kata Hindi

Hindi  mengatakan bahawa mesin ini juga boleh dihubungkan ke telefon pintar bagi memberi notifikasi tentang bahan pensterilan yang disimpan di dalam mesin dan memberi amaran jika perlu pengisian semula.

Pasukan Hindi melancarkan mesin versi pertama pada tiga bulan yang lalu dan mereka masih memperbaikinya mengikut maklum balas pengguna. Butang sensor akan mengeluarkan amaran jika seseorang berjalan melalui pintu masuk tanpa pensterilan atau jika mereka mempunyai suhu badan yang lebih tinggi daripada biasa. “Tetapi kami memastikan turut bahawa privasi individu dijaga,” jelas Hindi.

Banyak organisasi antarabangsa, hospital, sekolah dan pasar di Gaza telah memasang mesin ini di pintu masuk mereka untuk mencegah penyebaran Covid-19. “Saya sangat bangga melihat inovasi ini digunakan di pejabat antarabangsa yang berpusat di Gaza. Ini adalah kejayaan besar bagi saya dan pasukan saya, ”katanya lagi.

Pada masa ini, Hindi dan pasukannya mencari rakan kongsi untuk meningkatkan kualiti penemuan mereka dan memasarkannya ke seluruh dunia. “Kami menghabiskan siang dan malam untuk menyelesaikan produk ini. Kami juga terus memastikan mesin ini sesuai dengan standard antarabangsa, ”jelasnya.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, lebih daripada 8,000 kes Covid-19 telah dilaporkan di Gaza, termasuk 30 kematian.

Sumber: Mina News