Waspada Scammer Kutip Sumbangan Untuk Palestin – KPN

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan masyarakat untuk berwaspada dan menyemak kesahihan wakil yang menguruskan sumbangan bagi solidariti rakyat Palestin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ini bagi mengelakkan orang awam daripada menjadi mangsa scammer.

Menurutnya, dalam perkara itu, masyarakat perlu berwaspada untuk mengelak daripada terjerat dengan tindakan tidak bertanggungjawab mana-mana pihak yang cuba mengaut keuntungan.

“Semua lapisan masyarakat yang ingin menyalurkan sebarang bentuk bantuan dinasihat agar menyemak kesahihan wakil menguruskan sumbangan serta mengambil langkah teliti demi mengelak daripada menjadi mangsa scammer.

– SINAR HARIAN