WHO Iktiraf Madinah Kota Paling Sihat

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Kota Madinah dipercayai merupakan bandar pertama dengan populasi lebih dari 2 juta yang diiktiraf di bawah program bandar sihat oleh WHO. (SPA) Foto-Arab News

Bandar Madinah Arab Saudi telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai antara bandar yang paling sihat di dunia.


Kota suci umat Islam itu mendapat pengiktirafan setelah menerima kunjungan dari pihak WHO yang menyatakan, Kota Madinah memenuhi semua piawaian antarabangsa yang ditetapkan untuk diiktiraf sebagai kota yang paling sihat, lapor Arab News.


Kota Madinah dipercayai merupakan bandar pertama dengan populasi lebih dari 2 juta yang diiktiraf di bawah program bandar sihat oleh WHO.


Sebanyak 22 agensi kerajaan, badan komuniti, badan amal dan sukarelawan telah membantu melakukan persiapan untuk akreditasi WHO.


Program bersepadu bandar ini melibatkan kerjasama strategik bersama Universiti Taibah. WHO juga mengesyorkan agar pihak Universiti menyediakan latihan kepada agensi pihak bandar lain yang berminat untuk mengambil bahagian dalam program bandar sihat.

Sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh presiden universiti, Dr. Abdul Aziz Assarani, mengawasi 100 anggota yang mewakili 22 agensi kerajaan, awam, amal dan sukarelawan.


Kriteria termasuk memenuhi tujuan yang ditetapkan oleh Proyek Strategi Wilayah Madinah dan pelancaran program “Humanising Cities”.


Menurut WHO, “kota yang sehat adalah kota yang terus-menerus menciptakan dan memperbaiki lingkungan fizikal dan sosial dan memperluas sumber-sumber masyarakat yang memungkinkan orang untuk saling mendukung dalam melaksanakan semua fungsi kehidupan dan mengembangkan ke potensi maksimum mereka.”

Kota Madinah terletak di wilayah Hijaz di bahagian Barat Arab Saudi, hampir 280 batu di utara Kota Suci Makkah. Masjid Nabawi, adalah tarikan utama di Madinah. Pusat masjid ini menempatkan makam Nabi Muhammad SAW serta makam sahabat iaitu makam khalifah Abu Bakar as-Saddiq dan Umar ibn al-Khattab.

Pautan asal : https://arab.news/jztfh