Wow! Kelas balet khas untuk kanak-kanak Muslim pertama di Britain

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Guru balet, Maisie sedang melatih pelajarnya tarian balet (Gambar: Guy Corbishley / Alamy Live News)

Pada 2019, Maisie Byers telah mengasaskan Akademi Grace dan Poise , akademi khas yang mengadakan kelas tarian balet buat kanak-kanak Muslim pertama di Britain dan kelas beliau telah mendapat sambutan yang hangat dari penduduk setempat. Byers mendedahkan bahawa mereka hanya menggunakan puisi berbanding muzik untuk mengajar tarian balet kepada para pelajarnya.

Dengan menggunakan puisi, beliau dapat mendidik para pelajarnya untuk belajar mengenai keindahan seni puisi Islamik. Beliau percaya bahawa kanak-kanak adalah insan yang mudah dibentuk sejak kecil. Melalui pembelajaran seni tarian balet dengan puisi Islam, beliau ingin agar perkembangan fizikal, kognitif dan sosial para pelajarnya berkembang dengan baik seiring dgn nilai Islam.

Bantu perkembangan kanak-kanak

Menariknya, bukan hanya koreografi serta puisi yang akan dipelajari, kanak-kanak juga akan didedahkan dengan sesi bercerita. Setelah berjaya mempelajari tarian balet, kanak-kanak juga dapat membentangkan hasil tarian kepada ibu mereka. Sememangnya latihan secara kreatif dan unik ini dapat membantu perkembangan karakter kanak-kanak ke arah yang lebih baik apabila dimulakan sejak dini lagi.

Byers yang mengendalikan akademik itu sejak 2019 berharap agar dapat menjadikan tarian balet mudah diakses kepada penduduk Islam.

Kelas byers dibuka bagi kanak-kanak berumur 2 tahun dan ke atas. Aktiviti kelas ballet ini juga boleh didapati di beberapa pusat tertentu seperti di tadikan Al-Risalah, sekolah Olive dan Sekolah Rendah Orchard.

Para pelajar digalakkan memakai pakaian bersesuaian dan pakaian leotard tidak dibenarkan sama sekali. Kelas ini juga turut dibuka buat pelajar bukan Islam.