KUANTAN : Duta Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Hermono melakukan kunjungan hormat ke atas YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di Wisma Sri Pahang hari ini.
Kunjungan duta berkenaan turut diiringi oleh Koordinator Fungsi Penerangan Sosial Budaya Kedutaan Indonesia (KBRI) Kuala Lumpur, Encik Yoshi Iskandar; Atase Pendidikan dan Kebudayaan KBRI, Encik Dr. Mokhammad Farid Maruf; pegawai kedutaan Puan Astrid Eliza; dan Puan Fahmandari Kurniawati Sudarto.
Beliau dan delegasi yang hadir kira-kira jam 3.30 petang itu membincangkan berkenaan pembekalan sumber tenaga manusia serta kebajikan pekerja Indonesia di negeri ini.
Turut hadir, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak; YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar; dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), YH. Dato’ Razihan Adzharuddin.
Pada pertemuan santai selama satu jam ini juga, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail turut melahirkan ucapan tahniah diatas pengumuman ibu negara baharu Republik Indonesia iaitu Nusantara semalam.
YAB Menteri Besar Pahang juga memberi jaminan akan memberi perhatian khusus kepada pekerja-pekerja asing di negeri ini dalam pertemuan berkenaan.
Sumber: PAHANGMEDIA