YB Setiausaha Kerajaan Pahang Terima Anugerah PRODUCTIVITY CHAMPION

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN : YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak menerima Anugerah Productivity Champion daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Anugerah Productivity Champion ini merupakan sebuah pengiktirafan tertinggi yang diberikan bagi menghargai jasa dan sumbangan beliau menerajui inisiatif memacu peningkatan produktiviti program Pahang Produktif.

Penyampaian sijil anugerah telah disempurkana oleh Ketua Pengarah MPC, YBhg. Dato’ Abdul Latif Hj. Abu Seman ketika Mesyuarat PEMUDAH Peringkat Negeri Pahang pada 26 Oktober lalu.

YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak

MPC dalam satu kenyataan berkata, inisiatif Pahang Produktif merupakan satu misi kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama MPC untuk menjadikan Negeri Pahang sebagai sebuah negeri yang membangun secara produktif bagi meningkatkan lagi potensi sebagai destinasi pelaburan dan pelancongan di pantai timur.

Jelas kenyataan itu lagi, inisiatif ini merupakan salah satu agenda utama kerajaan negeri dalam usaha transformasi penyampaian perkhidmatan kerajaan negeri yang lebih cekap dan berkesan.

Kerjasama strategik ini selari dengan motto kerajaan negeri iaitu Mudah, Cepat dan Telus serta memastikan negeri ini kekal berdaya saing dan mencapai standard yang dikehendaki oleh stakeholders dan pelanggan.

Pelbagai program peningkatan produktiviti akan terus dijalankan di negeri ini agar produktiviti sektor awam dan swasta dapat ditingkatkan.

Sumber: PAHANGMEDIA