Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Syarat wajib zakat fitrah:
1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
2. Anak lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.
3. Memeluk islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan islamnya.
4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadan.
Waktu pembayaran zakat fitrah:
Waktu harus – bermula dari awal bulan Ramadan hingga akhir Ramadan
Waktu wajib – Selepas terbenam matahari pada hari akhir Ramadan
Waktu afdal – Selepas Solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri.
Waktu makruh – Selepas mengerjakan solat Aidilfitri sehingga sebelum terbenam matahari pada hari tersebut.
Waktu haram – Selepas terbenam matahari pada hari raya Aidilfitri
Maka rancanglah dengan baik waktu anda ingin menunaikan kewajipan ini. Usah ditangguh dan dilengahkan hingga menyusahkan kita pada saat akhir. Tambahan pula, zakat fitrah ini bukan hanya bertujuan untuk membantu golongan asnaf namun untuk membantu si pemberi zakat itu sendiri.
Hal ini dikatakan demikian kerana ia bertujuan membersihkan orang yang mengerjakan puasa yang pasti ada melakukan kesalahan jua sepanjang berpuasa. Di akhirnya kita ingin menyambut 1 Syawal, hari kemenangan umat Islam dalam keadaan sempurna.
Sumber: TZKRH.COM