Zii Jia Mara Ke Suku Akhir Terbuka Switzerland

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menepati ramalan apabila mengesahkan kemaraan ke suku akhir Terbuka Switzerland, hari ini.

Kejayaan itu hadir selepas pemain nombor empat dunia itu menewaskan Nhat Nguyen 21-19, 21-15 pada aksi pusingan kedua di St Jakobshalle di Basel.

Zii Jia yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-25 pada 29 Mac ini akan berdepan pemenang perlawanan antara pemain Taiwan, Lee Chia Hao dengan Mithun Manjunath dari India bagi perebutan tiket ke separuh akhir, esok.

Sementara itu, beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin turut melangkah ke suku akhir selepas menewaskan gandingan Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura 15-21, 21-13, 21-15.

Mereka akan berdepan pemenang perlawanan antara pasangan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana dengan Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan dari Taiwan.

Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga cemerlang apabila mara ke suku akhir menerusi kemenangan ke atas pasangan China, He Ji Ting-Du Yue 11.-21, 21-14, 21-14.

Sumber: BERITA HARIAN